Aku Benci

Aku benci diri aku
Bila aku marah pada B
Aku xsuka bila aku
Tinggi suara pada B
Mesti aku nangis
Bila aku mara B
Mesti aku kesal bila
Aku tinggi suara pada B
Aku xsuka marah B
Aku x suka susa ati
Aku xsuka gaduh
Aku xsuka rasa tertanya-tanya
Jangan la buat aku marah
Kan tak suka bila aku marah2
Jangan la buat aku tertanya2
kan nanti jadi salah faham
Jangan la buat aku nangis
Kan dah janji xnak aku nangis
Jangan la buat aku susa ati
nanti aku boleh mati

Majlis Petunangan yang Lepas

Kalau ikutkan agak boring cikit ari ni..ditambah mood aku yang dah dilenyapkan oleh En B..Ish...xsuke btl la aku nak marah2 ni..kate org nanti muke cepat kerepot..yela..dah la x lawa..xputih melepak..xcun..so..sape la nak sayang kiter kan.. Untuk meredakan ke emosian aku ni..ape kate aku tunjuk gambar2 masa aku tunang ari tuh..huhu..(Erk..setahun lebih yang lepas)..majlis yang agak kelam kabut..dan aku sgt x suka mekap ituh!


gambar ni amik masa aku dah buka tudung..ingt En B xdatang..skali die datang..gelabah aku pakai tudung balik sebab nak amik gambar ngan die








lain2 aku no komen..yg aku nak komen pasal mekap aku jer..huh!! ape pon aku syukur semua nyer berjalan lancar

GIFT

Gift Box yang aku wat ni...aku nak isi

+


seketul cup cake

+


@ something yang lain cikit

aku tgh try usha frame ni..tp xtau la leh dapat ker x

+

benda lain yang sweet yang sedag difikirkan

Cerpen 1

Sedih baca cerpen ni..sampai nangis2 aku depan pc....haih..aku pon rindu kat En B..

Nura memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam,argh.. dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini. 2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya. "Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang cukup mengecewakan Nura. "Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati. "Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu", pinta Nura sambil menuju ke dapur.
Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.
"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya. "Aargghh rindunya Nura pada abang. "Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang". Selesai solat subuh, Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.
"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat. "Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. "Arrghh rindunya Nura pada abang... ... .."
-----------------------------------------------------------------------------------
"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri. "Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal. "Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi. "Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung. "Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah", terang Hilmi. "Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri. "Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.
-----------------------------------------------------------------------------------
Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh.Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir. "Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas. "Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura,"janji Hilmi.
"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi. "Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura. Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.
-----------------------------------------------------------------------------------
"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi... " ayat Hilmi terhenti disitu. "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?", Celah Zikri. "Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya,duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi. "Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?", tingkas Zikri. "Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri.
Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan", Jelas Hilmi. "Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?", kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?" "Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup", Ujar Hilmi.
--------------------------------------------------------------------------------
Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi dikampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada keduamertuanya.
Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang. Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi.
Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah,demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada abang.
-----------------------------------------------------------------------------------
"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya. "I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?
-----------------------------------------------------------------------------------
"Abang Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat. "Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrgg rindunya Nura pada abang. Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadangterasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi. Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya.
Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang. Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat. "Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya. "Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi. "Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.
"Eh.. dah pandai menjawab,"perli Hilmi. Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan. "Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura. "Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan. Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi. "Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan. "Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul... " Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi. Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali.
Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk. Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.
-----------------------------------------------------------------------------------
Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri. "Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau?", tanya Zikri "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku,berdosa tau", tolak Nura. Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu.Setianya kau perempuan, bisik hatinya. "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku, boleh?" pinta Zikri "Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura.
------------------------------------------------------------------------
"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah. "Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tanggakorang." terang Zikri.
Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal. Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya. "Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura."
Janji Hilmi. Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.
------------------------------------------------------------------------
Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah. "Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat". terang doktor pada Hilmi. "Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi "Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.
"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura", kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura. "Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung?kesal Hilmi. "Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura. "Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi.
Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa kehopital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.
------------------------------------------------------------------------
"Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,"marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat. "Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni. Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung.
Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayiitu. Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan.
Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar.
Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya. "Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor. "Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar. "Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor. "Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."
------------------------------------------------------------------------
Errrmmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya,datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu, ia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi.
"Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira", pujuk Hilmi menenangkan Nura. "Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air. "Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur. "Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.
------------------------------------------------------------------------
"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu. Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya.
Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.
------------------------------------------------------------------------
Abang yang Nura rindui,
Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang. Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untukmengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.
Abang yang Nura rindui...
Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang... Nura rindukan abang... ... Nura rindu sangat dengan abang... .. rindu bang... rindu sangat... .
Sekian,
Ikhlas dari nurani isterimu Nura Ain Bt. Abdullah
Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Nura Ain... dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu... .. Nura... . abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Hilmi.

Good Morning Monday

Huh..pelik..seungguh bersemangat aku pada pagi senin ni...Arini xade misi..cuma misi menghilangkan penat..dan menyetelkan keje2 yang tertangguh pada jumaat sabtu dan ahad..almaklum la..line jalan...

So,aktiviti aku sabtu dan ahad lepas sangat la padat...sabtu aku gi ikut mak aku gi niaga...then balik tu terus mandi2 tido sampai kul 5 rupanyer baru aku bangun...kul 4 dah bgn dah..tp cuma nak antar msg kat En B kul berapa nak gi...bile die ckp nak gi kul 5.45..berdesup aku tido balik..cam orang xpernah tido..kul 5 aku bagun mandi..loading kepala..dan bersiap sedia nak ke stadium...dlm 6lbh gerak ke stadium..xramai pon...acik En B ada kat sana...so ber4 la kami ni...tgk Selangor dan Pahang lawan kemenangan 5-1 tp cam xbest jer..sebab xbertemu buku ngan ruas.

Ari ahad lak aktiviti ngemas..elok mak aku kuar jer budak2 kat umah tu buat tak tau jer...cam kat umah aku xde keje.aku dok ngemas kabinet..tempat simpan tepung2.yg mana aku agak2 xpakai..semua aku tong sampahkan.dah bersepah2.yela..xde masa..ari cuti yang aku xde buat ape2 la..aku ada masa nak kemas2..mak aku mmg die dah xlarat la...keje umah lagi..masak lagi...along aku yg patah kaki tu lagi..haih..cian die..nak kawin pon aku jadik takut..takut adik2 xtolong mak aku..cian die nanti....

aku dah x sabar nak tunggu jumaat...ari membayar hutang.lepas tu nak tggu sabtu..jadik ke x gi KL. Aku dah xde aura nak gi KL dah pon..hehe..cam dah malas jer....petang jumaat ada game bola lagik..xtau En B nak gi ker x

Tarikh2 penting bagi aku

Aku nak story pasal tarikh2 penting dlm hdp antara aku dgn En B..

14 Feb
( Hari Kekasih, xla berapa penting)
11 Mei
( Ari lahir aku, tp sekarang dah xberapa penting,klu leh aku nak lupakan)
14 Julai
(Hari pertemuan aku ngan En B, tp tahun depan En B ckp dah xnak igt lagi tarikh ni..die ckp dah banyak sangat tarikh..ala..ape la sangat ngan tarikh ni..bukan nak dipikul..klu xnak igt pon..hp kan ada..set je la..ape susa sangat..bkn nak kena wat candle light dinner pon..bkn nak kena kuar ribu2 pon..hurmm berat rupanyer tarikh ni)
07 Sept
( Ari Lahir En B, Aku akan usahakan walau apapun terjadi tok sambut hari ni, arini penting tok aku)
18 Nov
( Aku ngan En B bertunang )
Semua tarikh ni penting bagi aku..hanya tarikh yang ke 2 jer yg dah tak penting..tarikh yang selalu buat aku menagis...sakit hati dan macam2...aku benci tarikh tu.. tarikh tu hanya bermakna buat aku kepada emak aku...yang lain2 tidak..dulu..masa aku single....aku suka sangat tarikh ni...aku suka sangat.tp dulu...bukan sekarang...klu la boleh kembali saat tu...

Tercipta Untukku


Tercipta Untukku
by Ungu

menatap indahnya senyuman diwajahmu
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku
banyak kata
yang tak mampu kuungkapkan
kepada dirimu
Chorus:
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
sepanjang hidupku
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu

Mood Yang Tak Berapa OK

Bukan nak ckp ape la... mood mmg tgh tak berapa ok..pastu baru nak manja2 die leh lak potong....cara cakap die macam kiter ni terhegeh2 la sangat kat die..ha...hambik ko..bila aku wat aku punyer tak terhegeh2..malas aku nak layan.
Ok la..dah namanyer pon xde mood...so aku mmg xde mood nak tulis paper...

Kangen sama Kamu

Aku ngan En B bkn la jauh sgt..cuma tmpat keje En B tu jer yang jauh..jd aku xberapa berani nak mengedik suh En B dtg umah aku...suh jumpa aku yang tgh rindu sakan..nak gi umah die..kang mak die ckp ape lak..so tahan2 je la..mggu lepas complete dari senin sampai jumaat..sabtu petang je slm kul 2lbh En B datang kejab...alahai syiok nyer la bersembang.

Aku jeling2 gak die yg asik menjeling jam..ada lawan bola katenyer..ok la redhakan jer la die balik..nak aje aku gayut kat kaki die xmo bagi die balik..hehe..sape lah aku..

Ari ni pon aku rindu lagi kuat..hehe..tp tahan lagik..En B tyer aku nk buka ape..selepas aku tye sms die "ari ni xde org nak tyer hani nak buka ape" hehe...klu ikut kehendak nafsu aku ni byk aku nak makan...nk nasik goreng ayam mamak, nak nasik lemak lauk lala kopek tumis..nyum2...nak " mee bandung" lama btul aku xmakan....huhu..sabo pose2..tp kena la pandang2 cikit muka En B dan jeling2 juga ke poket En B yg dah berhabis ke majlis abg die as u know la kan..hehehe..ada gak aku mengedik nak ajak die teman aku buka..tp terniat lak kat dompet die...dengan solehahnyer aku ckp.." xjadik la b"..hehe...baik kan aku...aku syg kat En B..bkn nak mkn sgt pon...nak jumpa die jer...

Aku rindu la En B oi..ape jampi ko dah bagik kat aku ni "...alahai ciannyer aku..sabo jer la...

Aku Perlukan Pendapat untuk memilih

Kan telah aku katakan mengenai kotak yang aku buat utk mengisi gift pada tetamu khas aku nanti..tp aku ada masalah nak mendeco kan la..bg idea cikit mana 1 yang aku nak pilih..vote la yeh...

1 - Guna reben besar..

2 - Banyak menggunakan reben

3 - Kena deco lepas siap masukkan gift dan mknan dalam kotak (ada masa ke??)

4 - Lebih Cantik

1 - Kurang Cantik dari atas

2 - Kurang pakai reben

3 - Boleh deco awal

4 - Kena guna 2 jenis reben

lg 1 , aku kawin bulan 3..tp aku dah cantumkan kotak tu awal2 sebab tkt tutp ngan box x match..tp aku tkt lak kotak tu putih..tkt la jadi kekuning kuningan nanti...bg idea cikit...blur la..plss....plss

Rentetan Perkahwinan Abg En B - 2

Ok layan lagi beberapa keping yang ada ni..ni la merah yang aku idamkan

aku ngan En B yang gedik terlebih..hehe..


org nak gelak..die suh die suh diam..hahahaha....

posing terlebih sudah..hahaha

aiyoo...lagi ketawa2..cepat turun pelamin...basuh periuk wei...

En B yang menyumbangkan lagu buat aku..huhuhu "sejiwa" tu


mana ada org sanding wat perangai cam ni kan..huhu


siap bagi bunga tu..huhuhu..bile aku lak yang sumbangkan lagu..huhu

Rentetan Perkahwinan Abg En B - 1

Ni antara gambar2 yg aku perolehi setelah membodek En B untuk dapatkan kamera dir..tah berapa banyak die nak simpan gambar dlm memori tah..hehe

gambar paling aku suke..En B comei kan biler nangis..kah3..ops...org tgh sedih tu.."kawan" die kawin

Setelah balik dari masjid..inilah abg En B merangkap kawan baik die..hehe..

kat umah Ain..oren :-(

Tolong la fahami aku

Kes 1 :

Sebelum kenal ngan En B, aku kapel ngan Awal..xde la lama adala dlm sthun lebih..tp famili aku kenal die gak la..sebab die penah datang umah aku bawak famili die. Dan pernah sekali citer pasal die terkeleuar dari mulut mak aku sampai mak aku cakap.... " klu ko masih ngan awal dah lama ko kawin,tah2 dah beranak pinak" kes ni pasal mak suh abah tutp kolam ikan die..pastu abah xnak sebab nak bagi cucu die main2 kat kolam ikan tu..tp disebabkan mak aku bebel jer abah aku tutup jugak akhirnyer..
** Aku sangat sedih dengar mak aku cakap camtu..terbayang2 kat mata kau ni muka En B..tp B dah jadi bakal menantu yang paling mak syg sekarang


Kes 2 :

3 bln sebelum aku tunang abah aku gi KL..kenduri abg sepupu aku Faizol..nasib baik abah gi minggu tu..rupanya minggu depan selepas kenduri rombongan meminang dari KL nak datang umah aku...jadi masa tu la diorg tanya abah pasal aku..so abah jawab aku dah ada kawan..ape2 hal abah suh si lelaki tanyer aku sendiri

malam tu mak aku tanyer la aku..ada org nak meminang..nak ker..so aku jawab dengan baik klu die btl2 nak..suh die tepon aku..tujuan aku bukan ape..nak terangkan sendiri pasa die..lelaki tu biar aku panggil die kat sini sebagai Boy..disebabkan die x call aku...so aku ignore kan jer dengan benda2 ni..sebab aku bukan nak kat die..cuma biarla menolak tu dengan cara terbaik ye x.

Tp yg x bestnyer adik beradik Faizol termasuk Pak Ngah n Mak dan Ngah aku selalu cakap pasal budak Boy ni.Aku bengang la..bile citer2 " ala...boy..budak yang nak meminang si angah tu.." tu la ko..ada orang nak..ko xnak..klu x dah lama ko kawin"dan mcm2 lagi

Ulasan : aku mmg xleh menerima sesiapa lagi dalam hidup aku...hidup aku hanya dipenuhi dengan nama Mohd Shahril. Biar die xada apa2..dari die "0" sampai die baru nak mula bertapak sekarang.Dalam hidup ni aku rasa aku dah curahkan segala pengorbanan demi cinta aku pada die..aku sendiri yang membantu die dibelakang..Aku nampak dari mula die bertatih sampai die berjalan..aku hanya mampu pimpin tangan die selama usaha ni...

Aku dah x mampu lagi dengar2 ucapan tu...ada lagi 7bln lebih..jgn ingat aku x sedih..yang baru bertunang dah lama kawin..kawan baik aku..tunang smggu selepas aku..sekrang dah ngandung anak pertama..lgi 2 3 bln bersalin la..

Xkan aku nak paksa die..xkan aku nak stress kan die walaupon hati aku meronta2.aku yang tau sedaya mana die...cuma kadang2 bile aku kerap bertanya die anggap aku paksa die..Xpela..mgkin die salah paham pertanyaan aku

BUAT MEREKA2 YG SUKA MENGATA :

Hentikan la semua ni..mmg aku diam..mmg aku senyum..korang xpaham hati aku menagis sebab En B. Korang kena paham jodoh pertemuan ditangan tuhan..jadi aku tak nampak jodoh aku pada org2 yang korang ckp tu..aku ada pilihan sendiri..xkan korang jer nak kawin ngan pilihan korang..biarpon sape die..biar aku yg tentukan hidup aku..aku nak habiskan sisa hidup aku dengan org yang terlalu menyayangi aku tu..org yg terlalu banyak berkorban untuk aku..


BUAT EN B :

Andai syg terbaca entry khas hani ni...biar apa pon terjadi..biar ape pon org cakap..biar siapapun B, biar B xada apapun....hani setia..hani ttp tunggu B selagi hani termampu.dan hani akan bantu b selagi terdaya...juga akan mencintai b selagi benafas.selagi B masih ikhlas pada hani..selagi B perlukan hani..selagi syg mampu tok kasihi hani dan ingat setiap pengorbanan hani..juga hani akan ingat tiap2 pengorbanan B..Betapa B berusaha tok yang terbaik..untuk Hani, untuk keluarga antara kita, juga keluarga yang bakal kita bina....Hani sayang b..

Nape aku nak wish kat En B

Buat En B, jikalau anda terbaca blog saya ni...

ketahuilah oleh anda yang saya sangat rindukan anda..
bolehkah anda jadi seorang yang sangat romantis..
seorang yang sangat penyayang
Seorang yang sangat lembut pada saya
yang sempurna buat saya
Tetapi adakah saya lupa
lengkapkah diri saya buat anda
sempurnakah saya dimata anda
adakah saya baik pada anda
adakah cinta saya
melekat dihati anda
Saya tau anda tak sempurna
kerana saya yang tak sempurna
Tetapi Cinta saya
hanya untuk anda

Kerja Kawin umah En B

Lama sudah aku x mengupdate blog aku..tiada Entry tambahan mahupon gambar yang berkaitan..kerana seperti yang anda sedia maklum..umah En B aku telah mengadakan walimah urus nyer pada hari ahad yang lepas..dan aku yang dari keturunan melayu ni pon masuk la mengadap keturunan Jawa En B yang mengajar aku banyak benda..dah kire2nyer aku cam jadik pelancong la...erm..agak unik..tp disebab kan badan aku plak yang x sihat..so banyak aktiviti yang aku x dpt pegi..dan aku sangat rasa x aktif...

Ada masalah percakapan dan bahasa sikit antara aku dan sesedara En B sebab aku x paham sangat bahasa dan percakapan dieorg...aku rasa agak kaku dan malu sendiri..aku x paham..dan En B sendiri mmg xpernah terniat untuk mengajar aku bahasa jawa..kata die...belajar sendiri..nanti lama2 tau sendiri..Ermm mgkin En B xsedar yang aku bkn dikelilingi oleh golongan kaum kerabat die..dan mgkin x perasan yang aku sebenarnya berkecil hati dan sebolehnya sangat tidak mahu bergaul dengan ahli keluarga die..sebab nya AKU X PAHAM ape yg diorg ckp..adakah diorg bercakap ngan aku??..adakah diorg sebenarnyer mentertawakan aku?? sampai aku pernah di "bahasakan" oleh pak cik En B sendiri " ko belajar la bahasa jawa miza"... Eh lupa ker die...aku nak belajar ngan sape..ngan mak aku?? abah aku?? adik ?? org kg aku??? semua melayu.....dari manakah harus aku belajar???aku x paham ape sebenarnyer niat En B ...Sama ada die nak aku ditertawakan @ ape sebenarnya..xpe..la.." amiza sila lah bertahan dan kuatkan semangat anda"

pernah aku bawak pulang ke kg En B aku tu.nenek sedara aku cakap Banjar dengan die...aku tau die xpaham...xku cuba jadi tunang yang terbaik..kerana aku xnak die tercengang2 bila die tanya..aku dah rasai dan aku xnak die rasai...tp kenapa la die xpaham naluri aku ni...susanye la... ye..

opss...berbalik kepada tajuk...Abg En B menggunakan merah sebagai warna tema nya.."merah yang aku nak tu.."huhu..sangat sedih memandang kaler itu.." tp aku akan buat kaler yang sama jugak nanti...aku x pedulik..pelamin yang sangt cantik dari hasil tangan En Samsir..mmg lawa..dan aku sangat berkenan..huhu...disebabkan aku x bawak kamera...aku x dapat la nak tunjukkan gambarnyer..nanti lah,,klu ada...akan aku update kan

kenduri bermula dari hari khamis...itu baru rewang jer.belum lagi yang sebelum2nyer...dan aku dapat rasakan kepenatan yang dialami oleh emak En B...klu mak aku mesti dah x larat nak jalan lak tu...dan malam tadi ialah penutp..makan2 di pantai Jeram bersama keluarga..kira2 20orang termasuk adik beradik En B.

Oh yer...Ain dah "berisi"....hehe..tahniah yer