Minggu Pertama
Syg, saat ni mama tak tau lagi kehadiran kamu dalam rahim mama..Pada saat ini, mama hanya dapat rasakan badan mama tidak sihat. Sakit2 seperti orang dah lama tidak bersenam, tiba-tiba bersenam…pasti keesokan harinya badan menjadi sakit…Mama juga rasa yang mama seperti demam.
Minggu ke 2
Pada ketika ini pon mama rasakan badan mama masih sakit.. Hingga tak tertahan.
Minggu ke 3
Mama masih lagi tidak sihat…
Minggu ke 4
Nak , ketika pulang kerumah sewa, mama berkemas…mengangkat pasu bunga..menyapu dan pelbagai lagi…agak berat.. Ketika ini emosi mama tidak stabil. Mama marah pada abah sebab xnak tolong mama buat kerja rumah. Malam mama terus tidur awal sebab keletihan. Esok bangun dari tidur mama rasa mama piriod, tapi sepatutnya lagi seminggu. Mama pelik, tapi mama diam juga. Badan mama masih sakit, cuma demam sudah kebah . Minggu ni mama agak pelik, period mama sikit sangat.
Saat ni juga , mama dapat berita kawan tempat kerja yang melangsungkan perkahwinan beberapa bulan selepas mama telah hamil. Saat solat dengan abah mama nangis. Tapi abah tak paham.dia marah mama. Tak apalah, abah tak paham emosi perempuan.Dalam masa yang sama badan mama masih sakit. Mama mintak abah bawak mama pergi urut dekat kg nenek Kerayong. Mak cik urut tu cakap, kata perut mama ada isi. Tapi mama rasa mustahil sebab mama period ketika tu.
Minggu ke 5
Sebaik habis je period, mama dengan abah beli UPT kit tok test, mama ikut arahan kena buat test tu pagi2. So esok pukul 5 pagi mama dah buat. Lepas tgk ada double line..mama lgsung tak boleh tidur. Maknanya kamu dah ada dalam perut mama…Mama rasa macam tak percaya. Mama terus kejut abah. Abah pon tak percaya, tapi bila dia tgk test kit tu baru dia caya. Syukur ya Allah kau berikan aku cahaya mata.
Pada minggu ni Alhamdulillah mama sihat, mama boleh masakkan untuk abah. Kesian abah balik keje jauh2. Mesti dia lapar. Mama masih boleh hidu bau nasi dah sebagainya.Dan mama sangat suka sangat memasak. Hari2 mama fikir menu apa nak masakkan untuk abah
Minggu ke 6
Anakku, pada minggu ni mama dah mula rasakan mama tak suka bau nasi yang dimasak. Lagi2 ketika ia mendidih.bau2 tumisan bawang, Kebetulan beberapa hari lagi bulan Ramadhan. Orang mula berpuasa. Mama susah hati, mcm mana la mama nak sediakan sahur dan juadah berbuka untuk abah. Tahun ni tahun pertama mama dah abah berpuasa sebagai suami isteri.
Minggu ke 7
Minggu ni amat2 menduga mama, pada masa ni barulah mama dapat rasakan yang betapa susahnya nenek mengandungkan mama, kesal dihati mama kerana mungkin selama hidup mama dengan dia ada berkasar sedar atau tanpa sedar. Mama tak boleh makan, apa yang mama makan semua keluar balik. Perut mama seperti ada angin yang akan menolak makanan atau minuman yang masuk dalam perut.
Mama muntah teruk, mama rasakan seperti anak tekak mama ni terlampau sakit. Abah bawak mama pergi klinik. Disana DR bagi mama ubat gastric. Mama pernah baca mengenai kehamilan dan gastric.. agak teruk sekiranya seseorang itu hamil dan dia seorang pengidap gastric.
Ketika ini sudah mulai ramadhan. Mama berpuasa selama 3 hari atas nasihat ramai. Mama cuti sesekali.
Minggu ke 8
Akibat tidak tertahan, mama tidak mampu untuk makan, minum.badan mama menjadi lesu dan lemah. Risau kesan kepada kamu, mama hubungi abah pagi 16 august 2010. Abah pulang dan bawa mama ke HTAR. Mama dan abah sabar menunggu giliran. Kasihan abah, sudah la berpuasa, bekerja terpaksa balik dan hantar mama pula.kemudian menunggu giliran dari pukul 11 pagi hingga ke 6 petang. Kamu bayangkan betapa sabarnya kami abah dan mama kamu demi mahukan kamu sihat.
Sementara menunggu giliran mama dah tak tahan lagi. Muntah dan terus muntah. Hingga mama minta izin pada abah untuk mandi di tandas awam HTAR. Pukul 6 petang mama mula dimasukkan ke wad kecemasa.zone kuning. Mama memang susah nak dapat darah, jadi terpaksa cucuk 2 3 tempat untuk memasukkan tiup salur air.sakit sayang, tapi demi kamu.. sepanjang masa botol berganti botol.
Scan kali pertama , mama seorang diri. Mama lihat kamu seperti kacang dalam rahim mama. Mengalir air mata mama, kalau la mampu mama beli mesin scan tu. Mama beli , dan hari2 mama nak tgk kamu. Gambar kamu jadi tatapan mama setiap masa. Saat mama seorang.menunggu abah datang.
Hari ke2 dihospital mama dah boleh makan, mama makan sikit2. Hari ke 3 mama dibenarkan keluar. Alhamdulillah lega sangat.
Minggu ke 9 .
Mama dan abah bertukar2 rumah untuk berbuka puasa , nenek kerayong, dan tok ne Kg suara..ketika sahur di rumah sendiri, mama tak bangun. Mulai dari hospital mama tidak berpuasa. Kasihan abah, bersahur sendiri. Mama rasa bersalah. Abah banyak bantu mama buat kerja rumah. Mama langsung tak larat
Minggu ke 10
Minggu ni mama kena serang sakit pinggang…sakit sangat2. Malam2 mama kejut abah suh urut…sakit betul.mama tak larat rasanya. Malam mama tak boleh tido. Kadang bila sakit sangat mama sampai nangis. Selera makan mula menurun. Tapi mama gagahkan jugak untuk makan, walaupon mama kena tahan dari muntah. Lepas makan mesti mama pening dan tak selesa.Demi kamu..mama paksa makan jugak. Saat2 macam ni mama rasa emosi x stabil. Mudah menangis dan kecik ati.
Minggu depan raya tau sayang..mama x beli apa2 lagi..mama dah basuh baju2 lama mama. Mama igt nak pakai baju lama je.lgpon perut mama dah mulai besar. Mama harap kamu sihat dlm perut mama ni..tahun ni mama raya kat bkt kerayong. Thn pertama mama raya sendiri tanpa atuk ngan nenek serta adik beradik mama. Mama gagahkan jugak nak untuk beli baju raya. Kecian abah
Kehamilan ku...trimester pertama - episod 1
Aku Miza di Isnin, September 06, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen kat SINI:
Catat Ulasan